Covid-19: Masjid Muhammadi ditutup dua minggu

Masjid Muhammadi di Kota Bharu ditutup selama dua minggu bermula Isnin sehingga 31 Mei depan.
Masjid Muhammadi di Kota Bharu ditutup selama dua minggu bermula Isnin sehingga 31 Mei depan.
A
A
A

KOTA BHARU - Masjid Muhammadi di sini ditutup kepada semua jemaah selama dua minggu bermula Isnin sehingga 31 Mei depan susulan penularan Covid-19 dikesan berlaku di dalam premis berkenaan.

Berita penutupan rumah ibadah itu disahkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menerusi satu surat kepada imam tua masjid tersebut.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Zulkifle Ab Rahman dalam surat itu memaklumkan, sepanjang tempoh tersebut hanya 13 orang kakitangan masjid terdiri daripada imam, bilal, siak dan pengawal keselamatan dibenarkan untuk menunaikan solat jemaah.

"Kebenaran itu setelah kesemua mereka menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif.

"Keputusan itu dibuat MAIK atas saranan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu," katanya.

Beliau berkata, MAIK berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!