Banjir kilat: Cemas, terperangkap dalam kenderaan
BENTONG - Lima mangsa berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kenderaan masing-masing selepas terbabit dalam kejadian banjir kilat di Jalan Bentong - Teras dekat Kampung Penjuring hari ini.
Dalam kejadian jam kira-kira 11.45 pagi tadi, mangsa terdiri empat lelaki dan seorang wanita itu berjaya diselamatkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohamad berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian terdapat sebuah kenderaan jenis Nissan Navara dan lori muatan satu tan terperangkap di laluan tersebut.
Menurutnya, kesemua mangsa berjaya diselamatkan di laluan terbabit yang ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.
"Semua mangsa berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan" katanya lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!