Kane, Hojbjerg hidupkan peluang Tottenham

Kane (kanan) diraikan Dele Alli (kiri) selepas meledak gol pembukaan Tottenham semasa melayan kunjungan Wolverhampton Wanderers di Stadium Tottenham Hotspur.
Kane (kanan) diraikan Dele Alli (kiri) selepas meledak gol pembukaan Tottenham semasa melayan kunjungan Wolverhampton Wanderers di Stadium Tottenham Hotspur.
A
A
A

PELEDAK Tottenham Hotspur, Harry Kane menjaringkan gol ke-22 Liga Perdana Inggeris (EPL) peribadinya musim ini ketika membantu Spurs mengalahkan Wolverhampton 2-0 di Stadium Tottenham pada Ahad untuk menghidupkan peluang kelab itu berada di kedudukan empat teratas.

Kapten England tersebut meletakkan tuan rumah di depan pada penghujung babak pertama sebelum sebelum Pierre-Emile Hojbjerg menggandakan kedudukan pada minit ke-62.

Kemenangan meletakkan Spurs di tempat keenam, lima mata di belakang Chelsea di tempat keempat, dengan maksimum enam mata menanti kedua-dua kelab tersebut dari dua perlawanan terakhir liga masing-masing.

Untuk rekod, kedudukan empat teratas liga secara tidak langsung menjamin slot automatik ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!