Korban meningkat, hospital sedia kontena khas simpan mayat

Satu kontena khas disediakan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh sebagai tempat penyimpanan tambahan individu yang meninggal dunia akibat Covid-19.
Satu kontena khas disediakan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh sebagai tempat penyimpanan tambahan individu yang meninggal dunia akibat Covid-19.
A
A
A

PUTRAJAYA- Satu kontena khas disediakan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh sebagai tempat penyimpanan tambahan individu yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Menerusi perkongsian laman Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan sejak akhir-akhir ini kes mayat dibawa ke hospital atau brought in dead (BID) semakin meningkat di Lembah Klang.

"Hari ini, enam lagi kematian Covid-19 di Hospital Sungai Buloh dan Jabatan Perubatan Forensik terpaksa menyediakan kontena khas bagi tujuan tersebut," katanya dalam hantaran pada lewat malam Ahad.

KKM berkata, lebih 80 peratus kes kematian Covid-19 adalah daripada golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.

"Kebanyakan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat," katanya.

Tambah kementerian itu, masyarakat dinasihati agar terus melindungi diri daripada dijangkiti Covid-19 untuk melindungi golongan berisiko sekiranya tinggal bersama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!