Tsai Ing-wen mahu 'selesaikan' misi

Tsai Ing-wen menjadi presiden wanita pertama dilantik pada 2016.
Tsai Ing-wen menjadi presiden wanita pertama dilantik pada 2016.
A
A
A

TAIPEI - Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen memaklumkan beliau akan bertanding semula untuk mengekalkan jawatannya pada 2020 walaupun popularitinya semakin menurun.Ing-wen mengumumkan rancangannya untuk 'menyelesaikan' visi Taipei menerusi wawancara eksklusif bersama CNN pada Selasa.

"Ia adalah perkara biasa bagi mana-mana presiden mahu melengkapkan agenda mereka untuk negara. Ini adalah satu lagi cabaran. Sebagai presiden ia perlu dihadapi tidak kira waktu baik atau buruk.

"Saya menghabiskan terlalu banyak masa untuk menguruskan hal ehwal kerajaan dan melakukan lawatan luar.

"Ramai orang berpendapat saya menjauhkan diri daripada mereka," katanya yang menjadi presiden wanita pertama selepas dilantik pada 2016.

Ing-wen yakin dengan keupayaannya untuk menang walaupun anggota kanan Parti Progresif Demokratik (DPP) menolak rancangannya untuk bertanding semula.

November lalu, DPP mengalami kekalahan teruk ketika pilihan raya tempatan hingga pemimpin wanita itu meletak jawatan sebagai pengerusi parti. - Straits Times

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!