Husam dipanggil SPRM

Husam melambai kepada media ketika tiba di SPRM tadi.
Husam melambai kepada media ketika tiba di SPRM tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, di sini, malam ini, bagi memberi keterangan berhubung dana RM90 juta yang didakwa diterima Pas.

Beliau yang juga bekas ADUN Salor itu tiba di pejabat SPRM, di sini, kira-kira jam 9.25 malam.

Beliau dikatakan akan memberi keterangan berhubung dakwaan pemimpin Pas menerima RM90 juta daripada UMNO menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini disiasat SPRM.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!