Dua pesawat tentera India berlanggar

Kejadian berlaku ketika latihan aerobatik di Karnataka.
Kejadian berlaku ketika latihan aerobatik di Karnataka.
A
A
A

BENGALURU - INDIA. Dua pesawat Tentera Udara India berlanggar di ruang udara ketika latihan aerobatik di negeri Karnataka pada Selasa.

"Insiden itu turut menyebabkan seorang juruterbang terbunuh manakala dua yang lain cedera," kata jurucakap polis, MN Reddi.

Kementerian Pertahanan turut mengesahkan dua pesawat Hawk milik Surya Kiran Aerobatic Display Team terhempas berhampiran pangkalan tentera udara Yelahanka.

Pasukan aerobatik itu dijadualkan membuat persembahan pertunjukan udara Aero India 2019 berlangsung selama lima hari yang dijangka menarik kunjungan hampir 500 syarikat penerbangan tempatan dan asing serta kontraktor pertahanan.

Ia adalah insiden nahas kedua melibatkan pesawat tentera udara.

Pada 1 Februari lalu, dua juruterbang terkorban selepas pesawat Mirage 2000 terhempas di bandar Bengaluru. - The Express Tribune

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!