Serangan Israel ke atas Palestin adalah pembunuhan beramai-ramai

Serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin adalah pembunuhan beramai-ramai yang tidak boleh diterima umat Islam di seluruh dunia. - Foto: AFP
Gambar kecil: Najmil Faiz Mohamed Aris
Serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin adalah pembunuhan beramai-ramai yang tidak boleh diterima umat Islam di seluruh dunia. - Foto: AFP Gambar kecil: Najmil Faiz Mohamed Aris
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin adalah pembunuhan beramai-ramai atau 'genocide' yang tidak boleh diterima umat Islam di seluruh dunia.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, tindakan menyerang, memusnahkan harta benda, menceroboh dan membunuh rakyat Palestin tidak berdosa menggambarkan sikap tidak berperikemanusiaan.

Beliau berkata, pendukung hak asasi yang selama ini melaungkan nilai kebebasan kemanusiaan bagaimanapun dilihat berdiam diri dalam isu Palestin.

"Krisis ini tidak pernah tamat dan pencerobohan haram terus dilakukan sehingga rakyat Palestin tidak mempunyai tempat tinggal serta terpaksa tinggal di kem pelarian.

"Ini adalah krisis kemanusiaan. Sampai bila masyarakat dunia hendak berdiam diri? Jika kematian George Floyd, warga African-American yang mati kerana kekerasan polis boleh mendapat sokongan di seluruh dunia, mengapa dalam isu Palestin mereka berdiam diri.

"Jika disebabkan status Palestin negara Islam, bermakna masyarakat dunia yang sering dikatakan progresif dan intelektual ini sebenarnya yang kolot dan bodoh," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa mengadakan gencatan senjata di Palestin untuk mengelak lebih banyak nyawa terkorban.

"Malaysia antara negara yang lantang dalam memperjuangkan hak mereka.

Artikel Berkaitan:

"Jika PPB gagal bertindak, PPB akan dikenang sebagai pertubuhan antarabangsa yang gagal dalam melindungi kepentingan dan keselamatan manusia sejagat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!