Pekebun tembikai rugi buah tidak terjual

Ain Izuddin bersama hasil pertama yanv dipetiknya tidak dapat dijual susulan PKP menyebabkan kerugian teruk.
Ain Izuddin bersama hasil pertama yanv dipetiknya tidak dapat dijual susulan PKP menyebabkan kerugian teruk.
A
A
A

PEKAN - [DIKEMASKINI] Beberapa pekebun buah tembikai di Kampung Ubai terpaksa 'berputih mata' apabila hasil tanaman mereka tidak terjual sehingga rata-ratanya kerugian antara RM20,000 dan RM40,000 pada tahun ini.

Seorang pekebun, Ain Izuddin Mohd Ghazali, 26, berkata, dia menanggung kerugian kira-kira RM21,000 selepas lebih 30 tan tembikai miliknya tidak dapat dipasarkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 10 Mei lalu.

Menurutnya, pada tahun lalu, dia menerima nasib sama apabila keseluruhan hasil tuaian buah tembikainya tidak dijual kepada peraih menyebabkannya kerugian lebih RM9,000.

"Saya reda apabila sekali lagi mengalami kerugian berganda pada tahun ini. Bukan saya seorang sahaja rugi, beberapa pekebun di kawasan ini alami nasib sama malah ada di kalangan mereka kerugian lebih besar," katanya ketika ditemui di ladang tembikai miliknya di Kampung Ubai pada Isnin.

Dia yang mengusahakan tanaman tembikai jenis boci seluas lebih 1.6 hektar itu berkata, hasil penjualan tembikai adalah satu-satunya pendapatannya untuk menanggung keluarga.

Ain Izuddin mengumpul tembikai yang sudah dituai.
Ain Izuddin mengumpul tembikai yang sudah dituai.

Menurutnya, bantuan daripada kerajaan diperlukan bagi membolehkan penanaman semula dilakukan pada tahun hadapan.

"Jika ada pihak yang boleh bagi pinjaman dalam masa terdekat sudah memadai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ain Izuddin memberitahu, dia juga menggunakan media sosial untuk memasarkan sebahagian tembikainya tetapi pasarannya terlalu pelahan.

"Tempahan sehari tidak banyak, cuma sekitar 300 hingga 400 kilogram sehari. Pelanggan buat tempahan melalui media sosial dan saya akan buat penghantaran terus ke depan pintu rumah mereka.

"Sekurang-kurangnya ada hasil jualan daripada tembikai busuk begitu sahaja," katanya lagi.

Menurutnya, jualan buah tembikainya di gerai khemah tepi Jalan Kuantan-Pekan tidak rancak berikutan pelaksanaan sekatan rentas daerah.

Difahamkan seramai 17 pekebun kecil di Kampung Ubai yang mengusahakan penanaman tembikai sejak Februari lalu mengalami kerugian.

Ain Izuddin bersama pekerjanya memungut tembikai di ladang miliknya di Kampung Ubai, Pekan pada Isnin.
Ain Izuddin bersama pekerjanya memungut tembikai di ladang miliknya di Kampung Ubai, Pekan pada Isnin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!