YPM nafi ada kaitan buang biskut raya tepi jalan

Yayasan Pendidikan Malaysia menafikan sekeras-kerasnya atas tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak yang membuang bekas biskut di tepi jalan dan tidak membuang atau melupuskan di tempat yang sepatutnya.
Yayasan Pendidikan Malaysia menafikan sekeras-kerasnya atas tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak yang membuang bekas biskut di tepi jalan dan tidak membuang atau melupuskan di tempat yang sepatutnya.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Pendidikan Malaysia (YPM) menafikan dakwaan pihaknya mempunyai kaitan berhubung isu tular pembuangan biskut raya di laluan Kampung Baharu Dengkil dekat sini.

Menerusi satu kenyataan di akaun rasmi Facebook YPM pada Isnin, kerjasama YPM bersama pihak Hotel Tenera dan Pertubuhan Orked Penyayang berakhir pada Ogos tahun 2020.

"Yayasan Pendidikan Malaysia menafikan sekeras-kerasnya atas tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak yang membuang bekas biskut ini di tepi jalan dan tidak membuang atau melupuskan di tempat yang sepatutnya.

"Ditambah lagi, penggunaan logo dan kepala surat rasmi Yayasan Pendidikan Malaysia tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan tindakan sedemikian boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil," kata YPM dalam kenyataan itu.

YPM juga menafikan dakwaan individu atau pertubuhan yang menyatakan pihaknya terlibat berikutan YPM hanya bertindak sebagai rakan kerjasama dalam mempromosikan jenama biskut tersebut.

"Bagi penghantaran dan penyimpanan stok dilakukan oleh pihak produksi biskut sendiri.

"YPM tidak menyimpan apa-apa stok di dalam simpanan. Tindakan tersebut adalah di luar pengetahuan Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta pengurusan yayasan ini," kata YPM.

Justeru, YPM membuat keputusan untuk mengenakan tindakan tegas kepada individu yang telah menyalahi etika ini serta meminta pihak yang bertanggungjawab menjelaskan kepada umum mengenai masalah itu.

Artikel Berkaitan:

Pada Ahad, tular di lama sosial beberapa gambar timbunan biskut raya yang dibuang di tepi jalan malah mendapati logo YPM dan beberapa agensi lain tertera pada penutup bekas biskut hingga menimbulkan salah faham serta kecaman daripada warganet kerana dianggap membazir.

Timbunan biskut raya itu ditemui oleh seorang penunggang basikal yang kebetulan melalui jalan itu sebelum meluahkan kekecewaan di Facebook hingga menarik perhatian warganet.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!