Krisis pandemik dan ekonomi makin parah

No Image Caption
A
A
A

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula pada 10 Mei hingga 7 Jun sekali lagi menjejaskan aktiviti harian rakyat khususnya terhadap golongan peniaga yang mengalami kerugian teruk.

Begitu juga dengan premis-premis yang tersenarai dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko kepada penularan kes Covid-19, diarahkan tutup selama tiga hari berkuat kuasa serta-merta.

Sejak PKP 1.0 dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 kemudian disusuli PKP 2.0 bermula 13 Januari 2021 ternyata menghimpit golongan peniaga sehingga ada yang terpaksa menamatkan perniagaan.

Dalam usaha memulihkan ekonomi negara, tidak ada cara lain lagi kecuali melandaikan lengkuk Covid-19 ini dengan serta-merta sekali gus menamatkan PKP bagi membolehkan rakyat bergerak secara bebas.

Agak membimbangkan sekiranya negara kita gagal mematahkan rantaian Covid-19 ini sehingga Jun depan lalu memungkinkan kerajaan terpaksa melanjutkan tempoh PKP 3.0, ia semestinya bakal memudaratkan lagi semua aktiviti perniagaan.

Penguatkuasaan PKP 2.0 dikatakan gagal mengawal penularan Covid-19 secara berkesan. Hakikat ini perlu diterima oleh semua pihak kerana sekiranya PKP 2.0 berjaya, sudah tentu kerajaan tidak melaksanakan PKP 3.0.

Kini, keadaan dilihat bertambah menjadi lebih parah apabila dilaporkan adanya empat varian Covid-19 telah dikesan di Malaysia iaitu dari United Kingdom (UK), Afrika Selatan, Nigeria dan India.

Apakah mungkin kerajaan akan menguatkuasakan lockdown sepenuhnya seperti PKP 1.0 sedikit masa lagi terutama di negeri yang kes harian dilaporkan begitu tinggi.

Artikel Berkaitan:

Negara kini sedang dilanda wabak paling serius berbanding sebelum ini. Kerajaan menghadapi krisis pengawalan dan pencegahan penyakit dalam tempoh yang panjang.

Pada masa yang sama, bantuan dan perangsang ekonomi oleh kerajaan kepada golongan memerlukan terutama sekali golongan B40, peniaga kecil dan sederhana perlu diberikan segera.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!