Kalaulah dentuman mercun boleh takutkan virus Covid-19

No Image Caption
A
A
A

HARI raya Aidilfitri tahun ini cukup suram. Akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, semua kena duduk diam-diam dalam rumah.

Pergerakan rentas daerah dan negeri dilarang sama sekali. Malahan amalan ziarah menziarah antara rumah pun tak dibenarkan.

Tatkala tak boleh pergi ke mana-mana dan untuk hilang rasa bosan, apa hendak dibuatnya? Ya, main mercun!

Secara tiba-tiba, rupa-rupanya suasana hari raya boleh berubah menjadi meriah dan seronok bila mendengar dentuman mercun tak berhenti-henti di ruang udara.

Kerana PKP, mercun menjadi barang pengubat duka seketika apabila virus Covid-19 sedang menular dengan ganas. Alangkah bagusnya kalau mercun juga boleh dijadikan sebagai senjata untuk membunuh virus Covid-19!

Mercun sebenarnya menjadi barang larangan. Ia tidak boleh dijual dan dibeli oleh sesiapa pun. Tapi dengar dan lihatlah bermula 1 Syawal hingga hari ini. Pelbagai jenis bunyian mercun masih dapat didengari sampai jam 1 pagi.

Paling bahaya adalah jenis mercun bola yang bunyinya seakan bom tangan. Letupannya seperti mahu cacatkan pendengaran.

Ada juga mercun jenis roket dilepaskan ke udara dengan gegaran yang kuat. Yang sakit jantung boleh mati dibuatnya! Kalau ada bayi di rumah, apakah tidak menakutkan mereka?

Artikel Berkaitan:

Umum diketahui, apa jua perayaan, kita hanya boleh main bunga api tapi bukan mercun. Mercun adalah barangan bahaya. Ia boleh mendatangkan kecederaan, mengganggu ketenteraman awam malahan boleh menyebabkan kebakaran.

Apakah pihak berkuasa hanya tutup sebelah mata?

Yang bermain mercun sebenarnya orang yang memikirkan kepentingan diri sendiri. Mereka kena tahu janganlah kerana mahu keseronokan sehingga mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!