Presiden Turki kutuk tindakan Biden lulus jual senjata kepada Israel

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan
A
A
A

ANKARA - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Isnin mengecam rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden kerana meluluskan penjualan senjata kepada Israel, lapor Agensi Berita Xinhua.

Presiden AS "melakarkan sejarah dengan tangan berdarah dalam insiden ini ketika Gaza diserang secara keterlaluan," kata Erdogan pada sidang media bagi mengulas mengenai pertempuran antara Israel dan Palestin baru-baru ini.

"Anda telah memaksa kami bersuara. Kami tidak boleh berdiam lagi mengenai hal ini.

"Bumi Palestin dibanjiri dengan darah dan kekejaman. Anda turut menyokongya," katanya.

Pada awal pagi, kerajaan AS dilaporkan meluluskan penjualan senjata berpandu bernilai AS$735 juta kepada Israel. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!