Guna perkataan ‘bodoh’ terhadap PM biadab: Haszrilhafizi

Hantaran Chang Khim menyelar Muhyiddin di Facebook.
Hantaran Chang Khim menyelar Muhyiddin di Facebook.
A
A
A

PETALING JAYA - Tindakan pemimpin parti DAP, Teng Chang Khim menggunakan perkataan ‘bodoh’ terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah biadab.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Haszrlihafizi Mohayan menyifatkan tindakan tersebut adalah kurang ajar dan mendakwa Chang Khim seolah-olah memusuhi orang Islam, selain mencerminkan diri yang menyokong Zionis.

Haszrlihafizi turut mempersoalkan tindakan Chang Khim yang bertindak keterlaluan tersebut tidak mencerminkan rakyat Malaysia yang memberi keamanan serta perlindungan kepada semua kaum dan agama di negara ini.

“Perdana Menteri hanya menyentuh isu Palestin dan Israel, beliau tidak pernah hilang fokus atau hilang keutamaan terhadap masalah rakyat di negara ini.

“Apabila Chang Khim mengeluarkan perkataan ‘bodoh’, jelas sekali pemimpin DAP itu menyokong Yahudi serta memusuhi Islam.

“Tiba-tiba Chang Khim bersuara menjadi hero apabila bercakap pasal isu rakyat dan Covid-19, pada hal selama ini sejak Muhyiddin memberi tumpuan pada penyelesaian isu rakyat, beliau tidak pernah menyokong malah menidakkan usaha-usaha Perdana Menteri itu,’’ katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Haszrilhafizi berkata, hantaran yang dibuat oleh Chang Khim sudah diketahui ramai walaupun pihak tersebut telah memadamnya.

Oleh itu, beliau mahu pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut dan mendakwa Chang Khim atas perbuatan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Tiada gunanya kita minta DAP mengenakan tindakan tatatertib atau memecat Chang Khim kerana mereka akan memberi pelbagai alasan dan perkara demikian sudah dijangka.

“Yang lebih berkesan ialah pihak berkuasa perlu bertindak menyiasat dan mendakwa beliau agar perkara ini menjadi pengajaran buat semua,” katanya.

Chang Khim menerusi hantaran di Facebook sebelum ini mendakwa Muhyiddin cuba mengalihkan fokus rakyat Malaysia yang ketika ini diancam dengan penularan Covid-19 melalui isu Palestin.

“Jangan mengalih pandangan rakyat daripada fokus. Jaga nyawa rakyat Malaysia yang hidupnya terancam kerana Covid-19 dahulu. Bodoh!” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!