Padah simpan 47,160 batang rokok seludup

Nawin a/l Epon didenda RM100,000 dan dipenjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Kemaman hari ini kerana menyimpan sebanyak 47,160 batang rokok seludup bernilai RM6,330.40, pada Julai tahun lalu.
Nawin a/l Epon didenda RM100,000 dan dipenjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Kemaman hari ini kerana menyimpan sebanyak 47,160 batang rokok seludup bernilai RM6,330.40, pada Julai tahun lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga kedai runcit dipenjara dua tahun dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Majistret Kemaman. hari ini, kerana menyimpan sebanyak 47,160 batang rokok seludup bernilai RM6,330.40, pada Julai tahun lalu.

Majistret Badrul Munir Mohd Hamdy menjatuhkan hukuman itu ke atas Nawin a/l Epon, 26, selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan itu.Dia juga diperintahkan menjalani hukuman penjara setahun jika gagal membayar denda ditetapkan.

Dia didakwa menyimpan sebanyak 2,740 peket atau 47,160 batang rokok kretek dan putih yang mana barang itu adalah dilarang import mengikut Perintah Kastam di premis kediaman Taman Desa Permai, Kemaman, jam 1.30 petang, pada 2 Julai 2017.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 135 (1) (iii) (aa) Akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kastam Terengganu manakala lelaki itu diwakili peguam bela dari Gk Soh & partners.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!