Sorok pil kuda dalam kotak rokok gagal

Cubaan seorang penganggur untuk mengaburi mata polis dengan menyorokkan 500 biji pil kuda di dalam kotak rokok gagal apabila tindakan itu berjaya dihidu oleh polis.
Cubaan seorang penganggur untuk mengaburi mata polis dengan menyorokkan 500 biji pil kuda di dalam kotak rokok gagal apabila tindakan itu berjaya dihidu oleh polis.
A
A
A

PASIR MAS - Cubaan seorang penganggur untuk mengaburi mata polis dengan menyorokkan 500 biji pil kuda di dalam kotak rokok gagal apabila tindakan itu berjaya dihidu oleh polis.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan anggota unit trafik di tepi jalan berhampiran Kampung Banggol Mekpit, di sini.

"Kita tahan suspek pada jam 2 petang selepas anggota trafik melihat sebuah kenderaan jenis Perodua MyVi yang dalam keadaan mencurigakan," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, sejurus berjaya menahan kenderaan itu anggota trafik terus melakukan pemeriksaan ke atas suspek.

Katanya, pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek telah membawa kepada penemuan 500 biji pil kuda yang disorokkan di dalam sebuah kotak rokok bernilai RM2,000.

"Kotak rokok yang mengandungi bahan terlarang itu telah ditemui di dalam poket seluar sebelah kanan dipakai suspek," katanya.

Mohd Nasaruddin berkata, hasil siasatan awal, suspek mengakui kesemua pil kuda itu miliknya dan polis giat mengesan dalang utama di sebalik pengedaran dadah tersebut.

Katanya, saringan air kencing yang dilakukan mendapati suspek negatif dadah.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait dengan dadah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!