Somerville sedia cabar dua penjaga gol ‘otai’

Somerville (tengah) bersama Farizal (kanan) dan Khairulazhan menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad.
Somerville (tengah) bersama Farizal (kanan) dan Khairulazhan menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad.
A
A
A

PENJAGA gol Penang FC, Samuel Somerville mengakui berdepan cabaran sukar merebut tempat dalam kesebelasan utama Harimau Malaya kerana perlu berdepan dua tonggak berpengalaman - Mohd Farizal Marlias dan Mohd Khairulazhan Mohd Khalid.

Menurut Somerville, ia bukan tugas mudah memandangkan ini kali pertama dia dapat memikat pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe selepas enam tahun beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).

“Latihan dalam skuad Harimau Malaya sangat mencabar dan bagus sebagai persiapan untuk menghadapi perlawanan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) nanti. Ia persaingan sukar dengan dua penjaga gol berpengalaman dan saya banyak belajar dengan mereka.

“Secara peribadi saya menilai diri saya lebih lantang di padang, mampu untuk membantu pasukan tetapi seperti saya katakan saya berdepan dengan dua penjaga gol berpengalaman dan ia satu persaingan yang sangat bagus.

“Namun, apa yang lebih membanggakan saya dapat menyarung jersi Harimau Malaya. Saya gembira pertama kali diberikan jersi pasukan kebangsaan kerana impian saya kini menjadi kenyataan. Sekarang masanya membuktikan kemampuan saya,” katanya dalam sidang media secara maya pada Selasa.Dalam pada itu, Somerville berharap skuad Harimau Malaya dapat menampilkan prestasi baik bagi menghadapi tiga baki perlawanan Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di UAE.

“Kami berada di kedudukan terbaik (nombor dua) dalam kumpulan dan pasukan negara bermain baik dalam perlawanan kelayakan sebelum ini. Jadi, persembahan itu perlu diteruskan dalam tiga perlawanan terakhir yang akan diharungi nanti,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!