PRK DUN Rantau: Mahu calon anak tempatan

Dari kiri: Kong Hup, Mohd Norhafizam, Mohd Aeril Khai
Dari kiri: Kong Hup, Mohd Norhafizam, Mohd Aeril Khai
A
A
A

SEREMBAN - Pengundi di DUN Rantau mahukan PRK yang akan dijalankan di situ berjalan dengan lancar selain berharap calon bertanding merupakan anak tempatan.

Mekanik, Kong Hup Keong, 54, berkata, dia mahukan penyandang ADUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan (BN) kekal sebagai calon sekali gus mengekalkan kerusi tersebut.

"Saya mahu Tok Mat menang, beliau (Tok Mat) pun orang sini. Jasanya tidak dapat disangkal lagi berdasarkan pembangunan yang sedia ada.

"Anda boleh lihat sendiri pembangunan yang beliau bawa di sini," katanya.

Bagi K Sivapragasam, 67, dia menyokong Tok Mat susulan prestasi cemerlang sebagai pemimpin yang tidak dapat disangkal.

"Tok Mat seorang yang bertanggungjawab malah ketika menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini, beliau tidak meminggirkan kebajikan rakyat termasuklah DUN Rantau.

"Tambahan pula usaha yang dilakukan Tok Mat sebelum ini tidak mengira kaum. Maka saya yakin Tok Mat sebagai calon BN dapat mengekalkan kerusinya di sini," katanya.

Manakala pemandu lori, Mohd Norhafizam Md Ramin, 40, berkata, dia mahu perjalanan PRK DUN Rantau berjalan dengan baik dan pengundi diharap mengundi dengan bijak.

Artikel Berkaitan:

"Kita akur dengan keputusan mahkamah dan perlu adakan PRK dalam masa terdekat ini," katanya.

Sementara itu, peniaga, Mohd Aeril Khai Md Ramin, 38, berkata, dia berharap kemudahan dan kebajikan yang diberikan kepada peniaga ketika ini dikekalkan sepertimana sebelum ini.

"Berniaga merupakan sumber rezeki saya di sini dan berharap perkara berkenaan dikekalkan selain pembangunan di DUN Rantau ini diteruskan," katanya.

Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Mohamad terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban berhubung petisyen pilihan raya DUN Rantau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!