Apa rejim Yahudi mahu?
SERANGAN terbaharu ke atas Gaza adalah tindakan biadab dan tidak berperikemanusiaan.
Memang rejim Tel Aviv sengaja mencari waktu yang sesuai untuk menyusahkan hidup rakyat Palestin, sewaktu penghujung bulan puasa dan awal hari raya.
Awang lebih kecewa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diam seribu bahasa.
Nak buat kenyataan mengutuk pun tak boleh sebab Amerika Syarikat (AS) menghalangnya.
Awang dah kata sejak dulu tukarlah presiden AS seramai mana pun, baik daripada parti Demokrat atau Republikan, dalam soal Israel pi mai pi mai tang tu juga. Semua takut dengan lobi Yahudi.
Lebih kita kesali Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pun berdiam diri. Banyak negara kaya dalam OIC. Banyak yang berjiran dengan Palestin.
Banyak juga pelarian Palestin di tempat mereka. Apa Israel mahu? Mereka berani kerana mereka tahu umat Islam tidak bersatu.
Mereka tahu OIC hanya harimau kertas.
Mereka tahu walaupun negara Islam banyak yang kaya-raya tapi kekayaan itu bukan digunakan untuk membantu saudara Islam yang menderita.
Israel akan terus tunjuk hebat di hadapan lebih 1.4 bilion umat Islam yang tidak bersatu dan lemah.
Sampai bilakah rakyat Palestin akan dikejami? Dah tujuh dekad mereka menderita semenjak wujudnya negara Yahudi di situ.
Awang setuju sangat kekejaman tentera Israel dibawa ke pengadilan dunia sebagai penjenayah kemanusiaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!