Sindiket judi online dalam kondominium diserbu

Polis menggempur sebuah unit kondominium di Desa Petaling, Kuala Lumpur pada Selasa yang dijadikan sebagai pusat panggilan perjudian online.
Polis menggempur sebuah unit kondominium di Desa Petaling, Kuala Lumpur pada Selasa yang dijadikan sebagai pusat panggilan perjudian online.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menggempur sindiket perjudian dalam talian yang menyewa sebuah unit kondominium di Desa Petaling, di sini untuk dijadikan pusat panggilan kegiatan itu, pada Selasa.

Serbuan kira-kira jam 3.10 petang oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur itu berjaya menahan lapan individu termasuk dua wanita berusia 18 hingga 40 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusof berkata, operasi turut bertindak merampas pelbagai barang seperti 10 set komputer riba, telefon bimbit (18) dan 22 keping simkad.

"Dianggarkan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM60,000. Siasatan awal mendapati, sindiket mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian bagi pasaran tempatan dan premis tersebut disewa sejak bulan April dengan bayaran sewa sebanyak RM3,000 sebulan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Polis menggempur sebuah unit kondominium di Desa Petaling, Kuala Lumpur pada Selasa yang dijadikan sebagai pusat panggilan perjudian online.
Polis menggempur sebuah unit kondominium di Desa Petaling, Kuala Lumpur pada Selasa yang dijadikan sebagai pusat panggilan perjudian online.

Beliau berkata, setiap pekerja diberikan gaji RM2,000 sebulan oleh sindiket terbabit.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!