Maqis Johor tahan 24 tan susu skim dari Perancis
PASIR GUDANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor menahan kontena yang membawa 24,750 kilogram (24 tan) susu skim dari Perancis di Pelabuhan Pasir Gudang, pada Isnin.
Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, ia susulan pemeriksaan dilakukan pihaknya ke atas kontena tersebut pada jam 10.45 pagi.
"Hasil pemeriksaan lanjut, kita mendapati nombor 'establishment' dinyatakan di dalam sijil kesihatan yang diikrar pada label bungkusan itu mengelirukan.
"Kesemua barang dagangan bernilai RM306,931.43 itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!