Lelaki hilang dipercayai terjun jambatan

Pasukan penyelamat melakukan pencarian di air. -Foto: Ihsan bomba
Pasukan penyelamat melakukan pencarian di air. -Foto: Ihsan bomba
A
A
A

KOTA TINGGI - Pihak berkuasa menggerakkan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjun dari jambatan Jalan Bypass Kota Tinggi, di sini pada tengah hari Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata, kejadian itu disedari orang awam yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian.

Menurut beliau, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Johor menerima panggilan kecemasan pada jam 12.11 tengah hari, sebelum 25 pegawai dan anggota dari BBP Kota Tinggi, BBP Mersing dan BBP Skudai serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Iskandar Puteri dan Mersing dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, kita dimaklumkan mangsa dipercayai terjun dan motosikal yang ditunggangnya juga ada di jambatan itu.

"Susulan itu, kita menggerakkan operasi mencari dan menyelamat mangsa menggunakan pelbagai aset termasuk bot dan mendapat khidmat daripada PPDA.

"Maklumat mangsa masih belum diperoleh setakat ini dan operasi masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!