Neelofa, suami akan didakwa esok

Neelofa, suami akan didakwa pada jam 9 pagi atas kesalahan melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai untuk membeli karpet.
Neelofa, suami akan didakwa pada jam 9 pagi atas kesalahan melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai untuk membeli karpet.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Selebriti popular Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika berkunjung ke Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Mereka akan didakwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, Neelofa akan dituduh atas kesalahan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke dalam premis atau menulis secara manual.

Menurutnya, suaminya juga turut berdepan pertuduhan sama dan pertuduhan tidak memakai pelitup muka di tempat awam sebagaimana yang ditetapkan dalam SOP PKPB.

"Hukuman bagi setiap pertuduhan adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya," katanya.

Sementara itu menurut sumber, pasangan berkenaan akan didakwa pada jam 9 pagi.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet berkenaan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat aktiviti santai Neelofa, suami di Langkawi

Polis panggil Neelofa, suami isu rentas negeri ke kedai karpet di Nilai 3

Polis siasat Neelofa, keluarga berkumpul sambut raya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!