Wanita buntu suami hilang sejak 2018

Gambar Shaik Ridzwan Abdullah
Gambar Shaik Ridzwan Abdullah
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita warga Singapura memohon bantuan orang ramai untuk mencari suaminya yang menghilangkan diri sejak September 2018.

Noor Fadliana Hamza, 30, berkata, suaminya, Shaik Ridzwan Abdullah, 30, yang merupakan warga Malaysia hilang ketika pulang ke rumah keluarganya di Johor.

Menurut beliau, kini dia nekad untuk berpisah dan memohon agar suaminya memberi kerjasama dalam urusan penceraian mereka di Mahkamah Syariah Singapura.

"Sehingga kini saya tidak menerima khabar daripada suami. Keluarga suami di Johor juga tidak dapat menghubunginya.

"Suami pernah bekerja sebagai tukang masak di Pong di Clarke Singapura dari tahun 2013 hingga 2018 dan saya percaya dia akan bekerja di bidang yang sama di Malaysia," katanya yang sudah membuat laporan polis di Singapura.

Dia berkata, pelbagai urusan hariannya tergendala selagi penceraian mereka tidak selesai dan dia memohon kepada suaminya itu untuk menghubunginya segera.

“Banyak urusan tergendala di Singapura kerana suami tidak dapat dihubungi, saya tidak dapat memohon rumah dan urusan persekolahan anak-anak menjadi rumit kerana masih meminta tandatangan bapa.

“Saya harap dia keluar dari bersembunyi dan hubungi saya secepat mungkin kerana Mahkamah Syariah Singapura tidak dapat menjatuhkan talak selagi dia tidak hadir di mahkamah.

Artikel Berkaitan:

“Apa pun terjadi, saya maafkan dia. Kami sentiasa menunggu khabarnya dan tidak menyimpan dendam,” katanya.

Katanya, kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Shaik Ridzwan menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp di nombor +65 8760 5286 atau melalui email di liana_shaik2831@gmail.com.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!