Air naik, puluhan kenderaan di lebuh raya dilencongkan

Air yang naik akibat hujan lebat di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Jalan Kuala Kangsar mengakibatkan laluan ke utara terhalang. Foto: ihsan pembaca
Air yang naik akibat hujan lebat di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Jalan Kuala Kangsar mengakibatkan laluan ke utara terhalang. Foto: ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Puluhan kenderaan dilaporkan terkandas di Lebuh Raya Utara - Selatan arah utara berhampiran susur keluar Jalan Kuala Kangsar apabila laluan itu dinaiki air akibat hujan lebat, petang Rabu.

Hujan lebat berlarutan sekitar jam 4 petang itu telah mengakibatkan takungan air berlaku di kawasan terbabit hingga menghalang laluan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, keadaan itu menjadikan laluan terbabit tidak selamat dan lencongan keluar telah dibuat di susur Gunung Lang bagi mengelak kesesakan lebih teruk.

Takungan air di lebuh raya berhampiran susur keluar Jalan Kuala Kangsar menyebabkan kesesakan lalu lintas. Foto: ihsan pembaca
Takungan air di lebuh raya berhampiran susur keluar Jalan Kuala Kangsar menyebabkan kesesakan lalu lintas. Foto: ihsan pembaca

"Terdapat kawasan takungan air di situ akibat hujan lebat, pemantauan dilakukan pihak bomba bagi memastikan tiada mangsa lain terperangkap," katanya ringkas di sini.

Sementara itu, Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada jam 8.44 malam memaklumkan, trafik masih bergerak perlahan di kawasan terbabit.

Mesej tular di WhatsApp meminta orang ramai mengelak daripada menggunakan laluan berkenaan apabila ada antara pengguna telah terperangkap di situ selama lebih satu jam selain berlaku kesesakan lebih dua kilometer.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!