Pemuda kibar bendera Palestin di Dataran Tahrir 'ghaib'

Omar Morsi dilihat kali terakhir mengibarkan bendera Palestin di Dataran Tahrir. - Agensi
Omar Morsi dilihat kali terakhir mengibarkan bendera Palestin di Dataran Tahrir. - Agensi
A
A
A

KAHERAH - Seorang pemuda yang mengibarkan bendera Palestin di Dataran Tahrir, Mesir dilaporkan hilang tanpa jejak.

Omar Morsi gagal dikesan sejak keluar rumah untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Omar Makram yang terletak berhampiran Dataran Tahrir.

Sebelum kehilangannya, dia dirakam mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap penindasan umat Islam di Gaza dan Baitulmaqdis Timur.

Akhbar Al-Araby melaporkan, ibu pemuda terbabit bergegas ke balai polis Qasr Al-Nil selepas menerima berita penahanan anaknya, namun anggota polis di balai terbabit menafikan Morsi ditahan.

Susulan kehilangan Morsi, netizen melancarkan kempen tanda pagar #WheresIsOmarMorsi di media sosial.

Pada hari sama kehilangan Morsi, pihak berkuasa Mesir turut menahan wartawan, Nour Al-Huda kerana tindakannya mengibarkan bendera Palestin juga di Dataran Tahrir.

Namun, dia dibebaskan selepas penahannya tersebar di media sosial. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!