PRK DUN Rantau:Tanggam sedia jadi calon

R Tanggam
R Tanggam
A
A
A

SEREMBAN – Ketua PKR Cabang Rembau, R Tanggam, 56, sedia sepenuhnya untuk bertanding jika namanya diumumkan sebagai calon bagi PRK DUN Rantau.

Beliau berkata, pucuk pimpinan PKR harus mengutamakan dan memberi laluan kepada anak tempatan untuk bertanding pada PRK kali ini kerana yakin itu akan dapat memenangkan PH.

“PRK kali ini tidak sama seperti PRU14 lalu, jadi sudah tentu calonnya juga perlu berbeza, kita mahukan calon penduduk tempatan yang boleh berkhidmat untuk masyarakat di Rantau.

“Tiga bulan lalu PKR Cabang Rembau telah mengadakan mesyuarat dan hasil daripada itu sebulat suara bersetuju memilih Ketua Cabang Rembau menjadi calon di PRK Rantau, selain Streram dan Ketua Wanita PKR Cabang Rembau, K Bathmavathi, tetapi saya telah diberi keutamaan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bagaimanapun katanya, segala keputusan diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk menilai dan memilih calon yang benar-benar sesuai bertanding nanti.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!