‘Tolong pantau projek besar’

Muhammad Mohan
Muhammad Mohan
A
A
A

SHAH ALAM - Transparency International Malaysia (TI-M) menggalakkan penglibatan pemantau bebas dalam projek-projek besar kerajaan sebagai langkah mencegah rasuah.

Presidennya, Dr Muhammad Mohan berkata, peranan pemantau bebas sebagai pihak ketiga amat penting bagi menjamin ketelusan dalam operasi sesebuah projek.

“Kita mencadangkan pihak ketiga iaitu pemantau bebas. Mereka ini ialah pakar-pakar dalam bidang tertentu.

“Contohnya, projek besar seperti lebuh raya, kita ada pakar kejuruteraan awam, mekanikal, struktur dan sebagainya. Mereka akan dibawa masuk sebagai pemantau bebas.

“Tugas mereka akan melihat sama ada spesifikasi dalam kontrak dilaksanakan. Ini bukan untuk semua projek, pemantau bebas hanya untuk projek-projek besar yang kita rasa berisiko tinggi rasuah akan berlaku,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Muhammad berkata, cadangan berkenaan dipercayai dapat melengkapkan lagi polisi integriti dalam kerajaan.

“Kita selalu berbincang dengan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memantapkan Integrity Pact.

“Apa yang ada dalam polisi itu selama ini tidak lengkap. Ia tidak mencapai piawaian antarabangsa. Jadi itu yang kita masih usahakan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!