FB lama disekat, Nadir terpaksa guna IG, Telegram

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Menurut seorang rakyat Malaysia yang kini berada di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman, 34, kelantangan ‘tentera netizen’ Malaysia yang hebat memperjuangkan nasib penduduk Palestin di laman sosial amat dihargai.

“Cuma saya harap, harus ada pembawaan fakta lebih tersusun supaya individu yang membaca terutamanya di atas pagar turut boleh beralih berjuang dan menyokong penduduk Palestin, sekali gus memberikan kesan yang lebih besar berbanding sekadar menggunakan hashtag #israelkoyak atau #shameonisrael semata-mata di media sosial,” ungkapnya.

Menurut Muhammad Nadir, beliau juga berdepan kesukaran untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai apa yang sedang berlaku di bumi Palestin apabila Facebook asal yang memiliki lebih 100,000 pengikut tiba-tiba tidak dapat diakses.

“Facebook baharu juga susah nak komen dan muat naik status, jadi buat masa ini saya cuba beralih kepada Instagram dan Telegram walaupun percaya kedua-dua platform itu juga sedang dipantau dan akan ditutup pada bila-bila masa,” katanya.

Nadir terpaksa beralih menggunakan platform Telegram dan Instagram selepas Facebook lamanya tidak dapat diakses.
Nadir terpaksa beralih menggunakan platform Telegram dan Instagram selepas Facebook lamanya tidak dapat diakses.

Meskipun pernah terdetik untuk pulang ke Malaysia sebelum insiden meletus sebelum ini, Muhammad Nadir lega dia tetap kekal berada di sana untuk mempertahankan bumi Palestin.

“Saya bersyukur apabila ramai yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami bersama di Palestin. Apabila kalian nampak kami kuat untuk terus bertahan di sini ia adalah doa ikhlas daripada kalian, bagi saya doa itu begitu berharga dan sangat bermakna serta menjadi tunjang kekuatan kami untuk terus berjuang,” tuturnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad Nadir turut menyifatkan tuduhan bahawa dana daripada badan pertubuhan bukan kerajaan Malaysia tidak sampai kepada Masjid al-Aqsa, secara umum tanpa penjelasan terperinci, adalah tuduhan yang berniat jahat.

Artikel Berkaitan:

“Ini bukan waktu yang sesuai untuk mencari lawan. Berbanding mencari salah dan menuding jari, ia sebenarnya waktu untuk menyusun semula saf dan memperbetulkan barisan berdepan musuh yang tidak berpecah-belah.

“Jadi, lebih baik mencari jalan menyatukan umat Islam seluruh dunia,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!