'Total lockdown' beri kesan amat negatif: BMDAM

Pelaksanaan PKP penuh akan memberikan kesan sangat negatif terhadap sektor pembinaan sekali gus ekonomi negara. Gambar hiasan
Pelaksanaan PKP penuh akan memberikan kesan sangat negatif terhadap sektor pembinaan sekali gus ekonomi negara. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau 'total lockdown' akan memberikan kesan sangat negatif terhadap ekonomi negara.

Presiden Persatuan Pengedar Bahan Binaan Malaysia (BMDAM) Bill Lee berkata, BMDAM tidak akan memihak jika ia dilaksanakan namun memahami keperluan untuk melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

"Kami dalam industri memahami keperluan untuk melaksanakan SOP lebih ketat tetapi kami tidak memihak kepada 'total lockdown' kerana ia akan memberi kesan tidak dapat diperbaiki dan merosakkan ekonomi kita.

"Mengingat kembali kesan PKP 1.0 di mana ia telah melanda ekonomi negara dengan teruk dan sehingga kini kita masih belum dapat melihat pemulihannya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bill Lee berkata, pelaksanaan PKP sepenuhnya akan menjejaskan aliran tunai anggota BMDAM sekali gus menyebabkan perniagaan mereka berisiko tutup malah keadaan itu mampu untuk menyebabkan kebankrapan.

BMDAM menyarankan kerajaan melihat penerapan pematuhan SOP dalam industri dengan menghantar lebih ramai pasukan penguatkuasaan untuk memeriksa sama ada industri mematuhi peraturan SOP atau sebaliknya.

"Kami juga mencadangkan program vaksinasi dilaksanakan secepat mungkin dan mencadangkan kerajaan membenarkan sektor swasta membeli dos diperlukan dan sektor swasta bersedia membayar vaksinasi dengan sasaran untuk memvaksinasi industri sepenuhnya pada akhir 2021.Ini adalah pertempuran jangka panjang untuk imunisasi jangkitan dan penularan Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!