'Tiada isu rentas negeri Neelofa, suami dibangkitkan' - Peguam

Neelofa (kanan) dan suaminya, PU Riz (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis atas pertuduhan gagal mematuhi SOP PKPB.
Neelofa (kanan) dan suaminya, PU Riz (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis atas pertuduhan gagal mematuhi SOP PKPB.
A
A
A

SEREMBAN - Tiada isu rentas negeri dibangkitkan dalam pertuduhan disabitkan terhadap selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, pada prosiding di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis.

Peguam yang mewakili pasangan itu, M Haresh berkata, beliau tidak pasti mengenai perkara itu.

"Tiada isu rentas negeri yang dibangkitkan. Kita hadir hari ini hanya untuk pertuduhan sedia ada.

"Saya pun tak tahu jika isu itu akan dibangkitkan akan datang," katanya ketika ditanya pemberita mengapa tiada pendakwaan merentas negeri ke atas Neelofa dan suaminya pada Khamis.

Haresh turut memberitahu anak guamnya itu mematuhi arahan Mahkamah dan sudah membayar jaminan yang dikenakan.

"Anak guam saya (Neelofa) okey dengan isu jamin dan jaminan telah pun dibayar.

"Saya tengok Neelofa okey saja. Kita kena patuh arahan mahkamah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa, suami mengaku tidak bersalah langgar SOP PKPB

Artikel Berkaitan:

Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail didakwa di Mahkamah Majistret Seremban di sini pada Khamis atas pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) awal Mei lalu.

Bagaimanapun, Neelofa dan Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusof.

M Haresh
M Haresh

Mengikut pertuduhan, Neelofa gagal mematuhi SOP PKPB yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia apabila tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke premis kedai Naeem Carpet Sdn Bhd atau menulis secara manual nama dan nombor telefon yang boleh dibaca sebelum memasuki premis itu.

Muhammad Haris, juga didakwa atas pertuduhan sama dan pertuduhan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Perbuatan itu dilakukan mereka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Seremban pada jam kira-kira 4 petang, 2 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).

Jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan jaminan RM10,000 bagi Neelofa dan RM20,000 bagi PU Riz.

Majistret Mahyun Yusof menetapkan jaminan RM10,000 terhadap PU Riz dan RM5,000 terhadap Neelofa serta sebutan semula kes 4 Jun ini.

Pada Mei lalu, polis menjalankan siasatan terhadap gambar dan video selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz yang dipercayai berada di sebuah premis perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan, pada 3 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat aktiviti santai Neelofa, suami di Langkawi

Polis siasat Neelofa, keluarga berkumpul sambut raya

Neelofa, suami, ahli keluarga dikompaun RM60,000

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!