Pemilik hotel bajet dikompaun RM10,000 langgar SOP PKPD

Pemilik hotel dikenakan kompaun RM10,000 kerana beroperasi dalam tempoh PKPD pada malam Rabu.
Pemilik hotel dikenakan kompaun RM10,000 kerana beroperasi dalam tempoh PKPD pada malam Rabu.
A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Seorang pemilik hotel bajet berdekatan kawasan Tandop di sini dikompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pada malam Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, dalam pemeriksaan yang dilakukan Pasukan Pemantauan Pematuhan SOP PKPD dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar pada jam 10.30 malam mendapati hotel berkenaan melanggar SOP PKPD ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut beliau, kompaun dikeluarkan terhadap lelaki berusia 60-an dipercayai pemilik hotel terbabit.

"Pemeriksaan di hotel itu juga mendapati terdapat seorang wanita warga Thailand umur 30-an yang didaftarkan sebagai pelanggan menginap di sebuah bilik hotel berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati dokumen perjalanan wanita Thailand itu didapati tamat tempoh dan dia ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Anggota polis memeriksa bilik hotel berkenaan dan mendapati seorang wanita warga Thailand menginap di salah sebuah bilik di hotel tersebut.
Anggota polis memeriksa bilik hotel berkenaan dan mendapati seorang wanita warga Thailand menginap di salah sebuah bilik di hotel tersebut.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata, pihaknya turut mengesan seorang lelaki dan wanita yang berada dalam sebuah kenderaan di hadapan hotel tersebut.

“Kompaun turut dikenakan terhadap kedua-duanya kerana tidak mematuhi SOP PKPD yang ditetapkan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, katanya, pada hari pertama PKPD dilaksanakan di Kota Setar, sebanyak sembilan kompaun telah dikeluarkan melibatkan pelbagai ketidakpatuhan SOP PKPD.

“Kebanyakannya adalah atas kesalahan berkumpul di kediaman,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!