Jangan lupa nilai budaya: Exco

Ramakrishnan (kiri) menerima cenderahati dari Pengarah Politeknik Mersing, Hassan Siraj selepas merasmikan Program Ponggal & Tradition 2019.
Ramakrishnan (kiri) menerima cenderahati dari Pengarah Politeknik Mersing, Hassan Siraj selepas merasmikan Program Ponggal & Tradition 2019.
A
A
A

MERSING - Zaman semakin moden kini tidak seharusnya menjadikan masyarakat terus melupakan nilai budaya dan khazanah.

Exco Kepenggunaan Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri, Dr S Ramakrishnan berkata, sekalipun asyik dengan segala pemodenan dan kemajuan infrastruktur warisan bangsa jangan sesekali dilupakan.

"Fenomena ini tidak seharusnya dianggap remeh kerana ia adalah perkara yang mengisi jiwa anak bangsa dalam mewujudkan perpaduan dan rasa cinta kepada bangsa dan negara.

"Dalam pemodenan dan kemajuan infrastruktur serta pertumbuhan ekonomi pada masa kini kita seharusnya tidak melupakan aspek nilai budaya dan khazanah warisan bangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ponggal & Tradition 2019 dianjurkan Tamil Club Student (TBS) Politeknik Mersing di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing.

Hadir sama, Pengarah Politeknik Mersing, Hassan Siraj, Pengerusi Malaysia Nalvar Mandram, Dr Balakrishnan Kandasami.

Program berkenaan turut dihadiri mahasiswa Politeknik Mersing, Politeknik Muazam ShahInstitut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Komuniti Gelang Patah dan wakil dari UTHM.

Antara pengisian program yang melibatkan belia itu antaranya forum sesi soal jawab berkaitan cara mengamalkan budaya yang diwarisi, pertandingan berupa budaya warisan yang menggambarkan perayaan ponggal dan lain-lain lagi.

Artikel Berkaitan:

Penasihat program, K Murugan berkata, golongan remaja sekarang kurang mengamalkan budaya warisan yang dimiliki dari turun temurun dengan cara yang betul.

Katanya, mereka mudah terikut dengan budaya barat yang mana lama kelamaan budaya dan warisan ini akan dilupakan masyarakat terutama golongan remaja kerana mereka kurang memahami keperluan amalan tersebut diadakan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!