Tiga sekeluarga terkorban dalam serangan udara di Gaza
GAZA - Tiga sekeluarga termasuk orang kurang upaya (OKU) terkorban dalam serangan udara Israel pada Rabu di tengah Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Xinhua.
Jurucakap kementerian kesihatan di Gaza, Ashraf al-Qedra berkata, pasukan penyelamat perubatan menemui mayat ketiga-tiga mangsa tertimbus di bawah runtuhan selepas rumah mereka di pusat bandar Deir al-Balah musnah dalam serangan udara itu.
Mangsa yang terbunuh seorang lelaki OKU dan isterinya yang sedang hamil bersama anak perempuan mereka.
Pada Rabu, kementerian kesihatan di Gaza berkata, 227 rakyat Palestin terbunuh sejak sepuluh hari lalu, termasuk 64 kanak-kanak, 38 wanita dan 17 warga emas manakala 1,620 lagi cedera. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!