Kebakaran pusat hiburan: Empat lagi mayat ditemui
IPOH - Empat lagi mangsa maut ditemui pasukan Bomba dalam kebakaran sebuah pusat hiburan Times Square Ipoh, sebentar tadi.
Mangsa adalah dua wanita warga Vietnam dan seorang lelaki warga BangladesH sementara individu ke empat sedang dikenalpasti identitinya.
Penemuan itu menjadikan jumlah mangsa yang maut setakat ini, adalah enam.
Anggota bomba kini sedang menjalankan operasi membawa keluar keempat-empat mayat terbabit.
Sebelum ini, anggota bomba telah mengeluarkan mayat dua lelaki dipercayai mati akibat sesak nafas.
Kejadian jam 5.30 pagi itu turut menyebabkan seorang lelaki kritikal, kesemua mereka dipercayai terperangkap dalam kebakaran di tingkat empat bangunan berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua maut pusat hiburan terbakar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!