Dua lelaki ditahan buat aksi 'Superman'

Suspek ditahan kerana menunggang motosikal secara merbahaya. Gambar kecil: Hoo Chang Hook
Suspek ditahan kerana menunggang motosikal secara merbahaya. Gambar kecil: Hoo Chang Hook
A
A
A

JEMPOL - Dua lelaki ditahan gara-gara melakukan aksi 'Superman' ketika menunggang motosikal di Jalan Felda Lui Muda, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, tindakan tersebut dibuat semasa pihaknya melakukan pemerhatian dan risikan di lokasi berkenaan pada jam 10 malam.

Menurutnya, suspek berusia 20 dan 18 tahun itu ditahan dirumahnya dalam Ops Samseng Jalanan yang diadakan pada Rabu.

"Kedua-dua lelaki ini dilihat menunggang motosikal secara merbahaya dengan menguji kelajuan sesama sendiri selain membuat aksi 'Superman'.

"Sebaik sahaja selesai beraksi, kesemua mereka ditahan di rumah masing-masing sekitar Felda Lui Muda dan kini direman selama empat hari," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Chang Hook berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, Jika dihukuman boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan saya menasihatkan kepada semua pengguna jalanraya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak sesekali terlibat dalam aktiviti samseng jalanan, atau lumba haram yang mana akan mengganggu ketenteraman awam serta boleh mendatangkan kecederaan terhadap diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!