Bekalan roti terkawal, pembekal disaran bersedia

Bekalan roti putih di kedai runcit dan pasar raya masih terkawal.
Bekalan roti putih di kedai runcit dan pasar raya masih terkawal.
A
A
A

SHAH ALAM - Walaupun terdapat desas-desus berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh di Selangor kebelakangan ini, namun bekalan roti putih di kedai runcit dan pasar raya masih terkawal.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai runcit dan pasar raya di sekitar sini mendapati rak roti pelbagai jenama masih penuh dan mencukupi.

Bagaimanapun, roti putih jenama Gardenia seberat 400 gram yang menjadi pilihan pelanggan habis dijual berbanding roti jenama lain.

Salah seorang peniaga di kedai serbaneka yang ingin dikenali sebagai Ameer berkata, bekalan roti masih mencukupi walaupun roti seberat 400 gram habis dijual.

Menurutnya, pihak pembekal sentiasa menghantar bekalan roti seawal jam 6 pagi setiap hari dan tiada masalah kekurangan stok roti berlaku setakat ini.

Roti putih jenama Gardenia seberat 400 gram habis dijual di sebuah pasar raya di Shah Alam.
Roti putih jenama Gardenia seberat 400 gram habis dijual di sebuah pasar raya di Shah Alam.

“Setiap hari pun bekalan roti putih berat (400g) habis walaupun bukan musim PKP.

“Pembekal selalu hantar stok roti pada jam 6 pagi setiap hari dan setakat ini semuanya bekalan masih terkawal,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, peniaga kedai runcit yang ingin dikenali sebagai Ramli tidak bimbang dengan bekalan roti putih dan jenis lain yang didakwa akan habis jika PKP dilaksanakan di Selangor.

Namun begitu, dia berkata, pihak pembekal perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan keadaan sama seperti PKP pada Mac tahun lalu boleh berulang, yang mana stok roti putih sentiasa tidak mencukupi.

“Buat masa ini, saya tak risau sangat pasal stok roti, tapi saya cadangkan pembekal bersedia dengan apa-apa kemungkinan yang luar biasa macam yang berlaku pada Mac tahun lepas,” katanya.

Dalam perkembangan lain, salah seorang pembeli roti yang ingin dikenali sebagai Zainuddin terpaksa membeli roti putih seberat 600 gram berbanding dengan roti yang selalu dibelinya pada seberat 400 gram kerana stok tersebut habis di pasar raya.

Katanya, keluarganya tidak makan roti pada kuantiti yang banyak dan disebabkan tarikh luputnya sudah dekat, dia perlu memikirkan cara lain untuk menghabiskan roti tersebut.

“Asalnya saya tak mahu beli roti itu sebab besar sangat, tapi itu sahaja yang ada jadi saya ambil sajalah.

“Disebabkan roti ada banyak, jadi saya perlu fikirkan cara nak habiskan roti ini. Mungkin saya boleh bawa sebagai bekal ke tempat kerja,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!