PENJANA Kerjaya MARA bantu belia, beri latihan dan jaminan pekerjaan

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan ekosistem lengkap bagi program pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang merupakan instrumen utama dalam melahirkan modal insan berkemahiran, inovatif dan berdaya saing.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan ekosistem lengkap bagi program pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang merupakan instrumen utama dalam melahirkan modal insan berkemahiran, inovatif dan berdaya saing.
A
A
A

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan ekosistem lengkap bagi program pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang merupakan instrumen utama dalam melahirkan modal insan berkemahiran, inovatif dan berdaya saing.

Pelbagai program yang ditawarkan menerusi Institusi Pendidikan MARA (IPMA) berupaya memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan industri bagi meningkatkan ekonomi dan mencapai status negara maju serta berpendapatan tinggi.

Ensuring Employability Programme (EEP) merupakan inisiatif MARA dalam memperkasakan latihan kemahiran berdasarkan keperluan industri kepada semua golongan belia Malaysia. Di bawah EEP, terdapat tiga program iaitu Graduate Employability Training Scheme (GETS) Industry Boot Camp (IBC) dan yang terkini adalah PENJANA Kerjaya-MARA.

Program peningkatan kemahiran ini bertujuan memberi latihan kemahiran dan jaminan pekerjaan kepada belia supaya mereka mendapat kompetensi skil set berdasarkan keperluan industri bagi meningkatkan kebolehpasaran dan penawaran pekerjaan kepada pelatih.

No Image Caption

Pada 2018 di bawah Projek Rolling Plan ke-3, MARA telah melaksanakan dua program iaitu GETS dan IBC yang menyasarkan graduan dan juga pensyarah Institusi Pendidikan MARA (IPMA). Inisiatif ini diteruskan lagi dengan menyediakan program hampir sama namun lebih memfokuskan kepada belia yang terjejas akibat pandemik Covid-19 di bawah PENJANA Kerjaya-MARA.

Program PENJANA Kerjaya-MARA ini berdasarkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diperkenalkan bagi pemulihan ekonomi jangka pendek dengan tiga teras utama iaitu untuk memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi negara.

Artikel Berkaitan:

Program ini membolehkan kumpulan sasar seperti belia yang belum bekerja, lepasan sekolah, usahawan baharu, pekerja yang dibuang kerja dan gelandangan untuk mendapat kemahiran sebagai persediaan tenaga kerja atau menceburi bidang usahawan.

Tumpuan diberikan kepada kumpulan sasar yang dianggarkan seramai 12,000 peserta dalam tempoh satu tahun dan seramai 3,321 orang pelatih telah mengikuti program di bawah PENJANA Kerjaya bagi tahun 2020.

DATUK AZIZAH MOHD DUN
DATUK AZIZAH MOHD DUN

Tenaga mahir berkualiti Pengerusi MARA, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, TVET yang dibangunkan di bawah MARA ini menepati kurikulum dan ia selaras dengan aspirasi kerajaan dalam melahirkan tenaga mahir berkualiti serta tekno-usahawan yang berdaya tahan.

“Keberhasilan ini boleh dilihat melalui capaian kebolehpasaran graduan TVET sebanyak 91 peratus melebihi sasaran asal iaitu 85 peratus. Manakala ekosistem keusahawanan di bawah TVET MARA pula merupakan platform pembangunan usahawan kepada graduan TVET untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang perniagaan," katanya.

Penyediaan latihan kemahirankepada kumpulan sasar yang terkesanakibat pandemik Covid-19 bertujuanmemberi peluang kepada merekamendapatkan skil set berdasarkankeperluan industri dan penawaranpekerjaan oleh industri terlibat.

Selain itu, para peserta dapatmeningkatkan keyakinan diri serta dayasaing yang tinggi melalui kemahiraninsaniah (soft skill) dalam menghadapialam pekerjaan.

Para peserta ini juga mampu memperoleh pendapatan baharu melalui program pengupayaan digital dan e-dagang sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi negaradengan peningkatan pendapatan yang diperoleh melalui latihan yangdisediakan.

Bagi merealisasikan hasrat kerajaan, MARA meningkatkan kerjasama strategik dengan pemain industri bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan menerusi inisiatif latihan dan penempatan (place and train) yang mana kolaborasi ini akan dapat mengurangkan kadar pengangguran dan kehilangan pekerjaan dalam kalangan belia.

Antara program yang disediakan di bawah PENJANA Kerjaya-MARA ini adalah seperti Training e-Commerce Platform, Be Spoke Mentoring, Technopreneur Accelerator Programme, Technical GIG/ e-hailing, Program TVET Komuniti, Pembangunan Usahawan dalam kaedah digital/online marketing (Mahir Niaga), Pusat Sehenti Pengumpulan dan Pengedaran Produk Makanan Sejuk Beku, Modul Khas

Penjagaan Kesihatan dan Keselamatan Kebiasaan Baru dan Building capabilities and Providing Jobs through Industry Boot Camp.

No Image Caption

Keupayaan ini dipacu dengan sokongan kerajaan untuk memberi fokus terhadap usaha melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja kepada Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) menerusi inisiatif memberi latihan dan kemahiran semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling).

Kerjasama erat di antara pihak industri dan institusi ini telah dapat mengupayakan modal insan dan tekno-usahawan yang dilahirkan menggunakan kaedah Industry Based Training (IBET) dan Technopreneur Based Training (TBT).

Program PENJANA Kerjaya-MARA ini akan dapat membantu lebih ramai golongan terjejas secara bersasar.

Peserta akan menjalani latihan kemahiran dan keusahawanan dalam tempoh tiga hari hingga tiga bulan mengikut keperluan industri dan program yang disertai mereka.

Sasaran program ini adalah jaminan pekerjaan kepada peserta dengan gaji minima atau peningkatan pendapatan sebanyak 10 hingga 20 peratus. Bagi PENJANA Kerjaya-MARA, setiap program akan dipantau dan diurus selia oleh Institut Pendidikan MARA (IPMA) yang terlibat antaranya Universiti Kuala Lumpur (UniKL), German-Malaysian Insititute (GMI), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan GIATMARA.

Para peserta akan diberi elaun sara hidup, penginapan, makan minum, pengangkutan dan perlindungan insurans selama tempoh mengikuti program berkenaan.

Program EEP MARA ini mendapat sokongan penuh kerajaan dalam usaha membantu kumpulan sasar yang hilang sumber pendapatan, penganggur, graduan, lepasan sekolah dan usahawan baru yang sedang mencari peluang pekerjaan untuk meningkatkan kemahiran dengan mewujudkan pencipta pekerjaan (jobs creator) selain turut membuka peluang pekerjaan kepada ramai pekerja mahir.

Peluang tingkatkan kemahiran

MUHAMMAD SYAHMI
MUHAMMAD SYAHMI

TAWARAN untuk menyertai PENJANA Kerjaya-MARA telah membuka peluang kepada graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Kejuruteraan Mechatronics, Muhammad Syahmi Ahmad, 24, mengikuti program Artificial Intelligence Graduate Employability Training (Ai-GET) sekali gus diibaratkan bagai bulan jatuh ke riba kerana kesukaran untuknya mendapatkan pekerjaan.

"Saya anggap diri bertuah kerana berpeluang mengikuti program ini selama tiga bulan tatkala kesusahan untuk mendapatkan pekerjaan akibat wabak Covid-19.

"Saya ingin meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak MARA atas peluang yang diberikan untuk saya mengikuti program Ai-GET yang menjalinkan kerjasama dengan pihak Skymind," katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Syahmi yang masih dalam tempoh kontrak latihan MARA sedang bekerja di Skymind Holdings Berhad (Cawangan Pulau Pinang) dan bakal diserap November nanti.

Dalam pada itu, dia berharap pihak MARA terus menyalurkan sumbangan dalam bentuk latihan atau kursus kepada anak-anak muda tempatan lebih-lebih lagi graduan universiti sepertinya. Jelasnya, bantuan sebegini penting bukan sahaja untuk memperkasakan kemahiran dan daya saing, malah memberi gambaran sebenar suasana pekerjaaan sekali gus mendapatkan kerjaya yang diminati.

Mohd Atif terima banyak pendedahan mengenai ilmu kemahiran sepanjang menyertai kursus
Mohd Atif terima banyak pendedahan mengenai ilmu kemahiran sepanjang menyertai kursus

Bagi Pegawai Tadbir di Empayar Paradiqma Sdn Bhd, Mohd Atif Johari, 30, peluang menyertai kursus selama sebulan dalam bidang Plastic Injection Moulding Machine Operation (STC) di German Malaysian Institute (GMI), Bangi pada 28 Disember 2020 sehingga 22 Januari lalu, sangat berharga dan mendatangkan banyak kelebihan buat dirinya.

"Banyak kelebihan sertai kursus ini antaranya dapat menimba ilmu berkaitan pendedahan teknologi mechine injection moulding dari German, pengoperasian sistem, kawalan keselamatan sistem elektronik, maintenance mould dan menjalankan quality inspection terhadap produk yang dihasilkan," katanya.

Mohd Atif yang berasal dari Perlis turut mengucapkan penghargaan kepada pihak MARA dan GMI kerana menyediakan platform sebegini.

"Saya mengucapkan penghargaan kepada pihak MARA dan pihak GMI kerana menyediakan platform kepada pekerja di luar sana menimba ilmu baru dan meningkatkan kemahiran sedia ada mengikut latar belakang dalam bidang tertentu.

Mat Nur (paling kiri) ketika mengikuti latihan mengendalikan mesin injection moulding.
Mat Nur (paling kiri) ketika mengikuti latihan mengendalikan mesin injection moulding.

"Semoga program sebegini dapat diteruskan di masa akan datang bagi meningkatkan sosio ekonomi masyarakat dan industri di Malaysia," ujarnya.

Seorang lagi peserta, Mat Nur Ramli, 22, dari Beseri, Perlis berkata, kursus itu memberinya peluang untuk mengasah kemahiran secara praktikal mengendalikan mesin injection moulding.

"Menerusi peluang yang diberikan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MARA kerana telah menganjurkan program di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di mana saya dapat menambah ilmu pengetahuan dan mengasah kemahiran secara praktikal mengendali mesin injection moulding."Saya berharap pihak MARA terus menyokong program PENJANA untuk membantu para graduan meningkatkan keboleh pasaran melalui kemahiran dengan mengadakan banyak lagi program-program sebegini di masa akan datang," katanya.

SHARIFAH NUR IZMA
SHARIFAH NUR IZMA

Lahir bakat baru Timbalan Presiden Pembangunan Modal Insan Skymind, Sharifah Nur Izma Syed Izaddin berkata, Skymind terlibat secara langsung dengan MARA untuk mencari dan menghasilkan bakat baru yang kompeten dan memenuhi kehendak industri terutamanya dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI).

Menurutnya, Skymind memperkenalkan kursus Kemahiran Penglihatan Komputer dan Kecerdasan Buatan (AI) dengan tujuan untuk mencari bakat AI yang ada di Malaysia. Malah katanya, Skymind juga ingin melatih jurutera yang berpotensi dalam bidang 'Deep Learning' agar dapat meningkatkan usaha Skymind dalam membangunkan ekosistem dalam AI di negara ini.

"Antara bentuk-bentuk latihan yang diberikan kepada pelatih adalah Kursus Kemahiran Penglihatan Komputer dan AI yang dijalankan melalui dua kaedah iaitu secara online dan latihan di dalam kelas.

"Bagi Kursus Kemahiran Penglihatan Komputer dan AI, ia berjalan selama 12 hari dan diadakan di dalam kelas. Manakala kursus persediaan AI pula tiga hari secara online dan sesi bimbingan AI dalam tempoh 30 hari juga secara online.

"Setakat ini Skymind telah melatih seramai 14 orang graduan sejak program ini diperkenalkan pada 12 Oktober sehingga 3 Disember 2020," ujarnya.

Menurutnya, pelatih kursus itu terdiri dalam kalangan pekerja Skymind yang berpengalaman dan mempunyai sijil dalam bidang AI.

Untuk rekod, antara latihan yang diberikan adalah java programming basics, machine learning, deep learning and computer vision techniques (digital image processing, object detection, image classification, segmentation, facial recognition) dan workplace soft skills training.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!