Enam rumah di penempatan anggota Abu Sayyaf diroboh

Yussof Zaki meninjau operasi meroboh dan membakar rumah yang dijadikan penempatan dan persembunyian anggota Abu Sayyaf di belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort pada Jumaat.
Yussof Zaki meninjau operasi meroboh dan membakar rumah yang dijadikan penempatan dan persembunyian anggota Abu Sayyaf di belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort pada Jumaat.
A
A
A

BEAUFORT - Enam rumah setinggan di belakang Taman Sri Arjuna, di sini yang menjadi penempatan dan lokasi persembunyian anggota Abu Sayyaf dirobohkan, pagi Jumaat.

Tindakan merobohkan dan membakar rumah-rumah berkenaan diambil bagi mengelakkan ada penempatan dibina semula dan menjadi sarang persembunyian kumpulan pengganas terbabit.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, keputusan merobohkan penempatan kumpulan pengganas berkenaan dibuat dalam mesyuarat membabitkan semua agensi pada Khamis.

"Hari ini hanya membabitkan enam rumah dirobohkan di lokasi pertama (Point A) manakala lokasi kedua (Point B) terpaksa ditangguhkan berikutan kawasan berkenaan dilanda banjir.

“Operasi pemusnahan di lokasi Point A akan membabitkan 30 rumah yang berada kira-kira 300 meter dari lokasi Point B," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi terbabit.

Katanya, tindakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort tidak akan terhenti dan gerakan mengesan saki baki ahli kumpulan berkenaan masih diteruskan.

Sementara itu, Yusoff Zaki turut menafikan beberapa kenyataan yang tular di media sosial kononnya Beaufort tidak selamat berikutan insiden minggu lalu.

Katanya, sebagai ketua polis daerah, beliau memberi jaminan keadaan di daerah ini selamat dan aktiviti hariannya beroperasi seperti biasa.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun menurutnya, masyarakat diminta supaya tampil menyalurkan sebarang maklumat sekiranya berlaku sebarang pergerakan luar biasa untuk tindakan awal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!