Pesawat tentera udara India terhempas, juruterbang maut
NEW DELHI - Seorang juruterbang Tentera Udara India (IAF) terbunuh selepas pesawat tempur MiG-21 dipandunya terhempas di wilayah Punjab, utara India lapor Agensi Berita Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat.
Nahas itu berlaku lewat Khamis ketika pesawat sedang menjalani latihan rutin.
"Kemalangan malam tadi melibatkan pesawat MiG-21 Bison dari sektor barat IAF. IAF mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa," kata IAF.
Menurut laporan media, kejadian itu adalah nahas udara ketiga yang berlaku tahun ini membabitkan pesawat MiG-21. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!