Reman suspek bunuh bekas abang ipar disambung seminggu

Suspek (tengah) diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada 14 Mei lalu.
Suspek (tengah) diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada 14 Mei lalu.
A
A
A

MELAKA - Reman ke atas lelaki yang disyaki membunuh bekas abang iparnya di Kampung Berangan Enam, Jasin pada pagi Aidilfitri lepas disambung sehingga 27 Mei ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman ketika dihubungi Bernama berkata, kebenaran sambung reman selama seminggu itu membolehkan pihaknya melengkapkan siasatan terhadap lelaki berumur 32 tahun itu.

Dalam kejadian 13 Mei lepas, seorang lelaki berusia 36 dilaporkan maut dipercayai akibat ditikam bekas adik iparnya.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 7.30 pagi apabila suspek, seorang penganggur datang ke rumah mangsa untuk mengambil dua orang anak perempuannya yang berusia lapan dan 10 tahun daripada bekas isterinya yang turut tinggal di rumah itu sebelum berlaku pergaduhan.

Suspek berjaya ditahan polis pada pukul 6.30 petang hari yang sama di sebuah masjid berhampiran lokasi kejadian ketika cuba melarikan diri dengan sebuah motosikal. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Berebut anak, bekas abang ipar maut ditikam pagi Syawal

Suspek tikam bekas abang ipar direman

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!