Penduduk maafkan 'pembawa' Covid-19 walaupun terkilan

Nik Fazilah (kiri) bersama anak lelakinya menjalani ujian saringan untuk kali pertama pada jam 8.30 pagi Jumaat di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru, Kepulauan Tumpat.
Nik Fazilah (kiri) bersama anak lelakinya menjalani ujian saringan untuk kali pertama pada jam 8.30 pagi Jumaat di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru, Kepulauan Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - "Kami maafkan dia (pembawa virus Covid-19) namun terkilan," itu luahan salah seorang penduduk, Nik Fazilah Mohd Nawi, 39, yang terpaksa menjalani ujian saringan Covid-19 selepas kawasan Kepulauan Tumpat diserang pandemik itu beberapa hari lalu.

Nik Fazilah berkata, sebagai seorang yang amat menitikberatkan soal pematuhan prosedur operasi standard (SOP), dia tetap kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab individu berkenaan.

"Lagipun wanita mengandung tersebut datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bunut Susu.

"Jadi kurang eloklah tindakan dia pentingkan diri pulang ke kampung menyambut Aidilfitri," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Teluk Renjuna, di sini pada Jumaat.

Menurutnya, walaupun kawasan Kepulauan Tumpat dikenakan PKPD bermula Sabtu hingga 2 Jun ini namun dia reda.

Katanya, ujian itu merupakan salah satu bentuk kesedaran buat semua supaya terus patuh kepada SOP selepas ini.

Nik Fazilah berkata, mereka di Kepulauan Tumpat tidak pernah keluar dari pulau tersebut kerana mematuhi SOP.

Dia berharap seluruh penduduk di Kepulauan Tumpat supaya patuh kepada SOP dengan tidak keluar dari rumah selepas dipakaikan dengan gelang berwarna merah jambu.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan ini bagi memastikan rantaian pandemik Covid-19 berjaya diputuskan dengan sebaik mungkin," katanya.

Nik Fazilah menjalani ujian saringan untuk kali pertama pada jam 8.30 pagi di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru.

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu hamil lari PKPD untuk beraya, sebar Covid-19 di Kepulauan Tumpat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!