Angin kencang, ribut debu landa Mongolia
ULAN BATOR - Angin kencang dan ribut debu yang melanda wilayah barat Mongolia, Govi-Altai mengakibatkan 15 keluarga hilang tempat tinggal, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Agensi Pengurusan Kecemasan Negara, pada Jumaat.
Kejadian itu menyebabkan bumbung kira-kira 30 pangsapuri, sebuah sekolah dan hospital awam, rosak dan tingkap 13 kenderaan pecah.
Mogolia, sebuah negara dengan 25 hingga 40 peratus penduduknya hidup sebagai penggembala nomad, sering dilanda angin kencang, ribut debu dan ribut salji terutama pada musim bunga.
Pada pertengahan Mac, 10 orang kebanyakan penggembala nomad maut dan ratusan ribu ternakan mati akibat bencana itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!