Langgar PKPD: Dua syarikat rokok, vape dikompaun RM50,000

Dua premis yang menjalankan pengoperasian berkaitan rokok dan vape di sekitar Mergong, Alor Setar masing-masing dikompaun RM25,000 kerana melanggar SOP PKPD pada Jumaat.
Dua premis yang menjalankan pengoperasian berkaitan rokok dan vape di sekitar Mergong, Alor Setar masing-masing dikompaun RM25,000 kerana melanggar SOP PKPD pada Jumaat.
A
A
A

ALOR SETAR - Dua buah syarikat yang menjalankan pengoperasian berkaitan rokok dan rokok elektrik (vape) di sekitar kawasan Mergong masing-masing dikompaun RM25,000 kerana beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kota Setar, jam 11.30 pagi pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, kegiatan operasi dua syarikat tersebut dikesan oleh pasukan pemantau Op Covid Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar semasa membuat pemantauan di kawasan tersebut.

"Pasukan pemantau yang diketuai oleh tiga pegawai PDRM dalam operasi pematuhan standard itu kemudiannya telah menjalankan tindakan kompaun ke atas kedua-dua premis ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pegawai polis membuat semakan ke atas kedua-dua premis pengoperasian berkaitan rokok dan vape yang berada dalam senarai bukan perkhidmatan perlu semasa tempoh PKPD di Kota Setar pada Jumaat.
Pegawai polis membuat semakan ke atas kedua-dua premis pengoperasian berkaitan rokok dan vape yang berada dalam senarai bukan perkhidmatan perlu semasa tempoh PKPD di Kota Setar pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata, berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 11(2) Akta 342, kedua-dua syarikat terlibat dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 bagi setiap premis perniagaan.

Jelasnya, kompaun dikenakan kerana syarikat-syarikat itu telah melakukan kesalahan menjalankan operasi premis bukan perkhidmatan perlu semasa tempoh PKPD Daerah Kota Setar bermula 19 Mei hingga 1 Jun ini.

"Pasukan pemantau OP Covid IPD Kota Setar akan meneruskan pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam pelaksanaan PKPD daerah Kota Setar," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!