Padah bergurau miliki bom di lapangan terbang

Seorang lelaki ditahan selepas bergurau memiliki bom ketika masuk penerbangan di Lapangan Terbang Tawau.
Seorang lelaki ditahan selepas bergurau memiliki bom ketika masuk penerbangan di Lapangan Terbang Tawau.
A
A
A

TAWAU - Seorang lelaki ditahan selepas bergurau memiliki bom akibat tidak berpuas hati kerana lama menunggu untuk mendaftar masuk penerbangan di Lapangan Terbang Tawau, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, lelaki berumur 30 tahun dan bekerja sebagai polis bantuan di sebuah syarikat di Selangor itu ditahan pada jam 8.20 pagi.

"Lelaki bersama isteri dan dua anaknya dari Semporna itu tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 7.00 pagi untuk menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur, namun terpaksa menunggu lama.

"Ketika staf di kaunter melakukan pemeriksaan barang dalam beg, lelaki itu dengan lantang menyebut 'ada bom' sehingga didengari kakitangan di kaunter daftar masuk dan orang lain," katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Peter berkata, sepasukan Unit Pemusnah Bom kemudian menjalankan pemeriksaan terhadap beg itu dan hanya menemukan bungkusan makanan di dalamnya.

Katanya, lelaki terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas 24 jam ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!