Pekerja Lapangan Terbang Changi mungkin dijangkiti varian B1617

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SINGAPURA - Hasil ujian filogenetik untuk kumpulan awal pekerja lapangan terbang yang positif Covid-19 didapati serupa dengan varian B1617, menunjukkan ia berasal daripada sumber sama.

Siasatan awal menunjukkan penularan mungkin berlaku melalui pekerja lapangan terbang yang menguruskan keluarga dari Asia Selatan, yang tiba pada 29 April lalu dan mereka kemudian didapati positif ketika ujian semasa ketibaan.

Ini berdasarkan kenyataan bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Changi Airport Group dalam kemas kini terbaharu mengenai langkah keselamatan kesihatan awam di Lapangan Terbang Changi.

Kenyataan itu menyatakan Kementerian Kesihatan dan CAAS sedang menjalankan siasatan lanjut.

Dari 9 hingga 20 Mei, hampir 19,000 petugas barisan hadapan dan pekerja pejabat di Bangunan Terminal Penumpang Lapangan Terbang Changi (PTB) dan Lapangan Terbang Jewel Changi telah menjalani saringan Covid-19.

Ia sebahagian daripada operasi saringan khas untuk pengesanan pantas, pengasingan dan menangani sebarang kemungkinan kes Covid-19 di komuniti lapangan terbang.

Semua pekerja di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi dan Jewel telah disahkan tetapi 10 pekerja Terminal 3 didapati positif, katanya.

Setakat Khamis, sebanyak 100 kes positif dikaitkan dengan kluster Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, menjadikannya ia kluster aktif terbesar sehingga kini.

Artikel Berkaitan:

Kes pertama kluster tersebut disahkan pada 5 Mei, melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 88 tahun, berkerja sebagai tukang cuci di terminal berkenaan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!