Kain rentang fitnah PH dikesan di Lembah Pantai
Kain rentang itu bertulis ‘Mahathir letak jawatan!!! Anwar Ibrahim PM ke-8 demi selamatkan Malaysia’ dinaikkan di sebuah jejantas di Jalan Bangsar.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai dilakukan oleh musuh politik PH.
“Pagi tadi, satu kain rentang fitnah politik yang berniat jahat dinaikkan di jejantas Jalan Bangsar di depan Apartmen Abd Hukum/Putra Ria. Saya percaya ia dibuat oleh musuh politik PH.
“Saya arah ahli PKR untuk segera turunkan dan buat laporan polis berkenaan insiden ini,” katanya menerusi Facebook hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!