Tak adil lagikah mahkamah?

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BANYAK orang UMNO marah apabila mantan Presiden didapati bersalah atas kes rasuah beliau. Maka banyaklah tuduhan mengatakan mahkamah tidak adil, berat sebelah dan ikut telunjuk kerajaan yang memerintah. Maka banyaklah bala tentera siber UMNO yang kecam hakim yang terlibat dan sistem kehakiman negara.

Dua hari lepas seorang hakim membuat keputusan bahawa kerajaan gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi untuk melucutkan hak wang yang didakwa milik Tuk Seri Bossku Najib dan UMNO yang disita dulu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussain menolak permohonan pendakwaan tentang hal itu. Dimudahkan cerita hakim berpendapat bahawa duit yang dirampas itu tidak dibuktikan diperoleh melalui kesalahan pecah amanah.

Awang nak ingatkan orang UMNO bahawa rampasan itu dibuat pada era kerajaan Pakatan Harapan (PH). Tapi kerajaan pimpinan Tan Sri Perdana Menteri hari ini tidak campur tangan urusan mahkamah. Ini juga termasuklah tuduhan rasuah dan lain-lain yang kes babitkan Presiden UMNO masa ini dan beberapa pemimpin UMNO lain.

Awang tahu rakyat puji kerajaan yang bebaskan mahkamah buat keputusan. Orang UMNO patut alu-alukan keputusan itu dan puji mahkamah. Atau bertanya juga bagaimana duit sebanyak RM114 juta disimpan di rumah bukan di bank?

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!