Kawasan Ops Carilamat dua nelayan hilang diperluas

Anggota Maritim sedang mengesan mangsa yang masih hilang dalam Op Carilamat. Foto: Maritim
Anggota Maritim sedang mengesan mangsa yang masih hilang dalam Op Carilamat. Foto: Maritim
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperluaskan kawasan operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) dua lagi mangsa yang hilang di laut meliputi 492.72 batu nautika persegi.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, operasi yang memasuki hari ketiga pada Sabtu kini tertumpu di kawasan perairan Kuala Terengganu hingga ke Marang.

"Operasi Carilamat dua lagi mangsa hilang dari dua kejadian berasingan pada 19 Mei lalu ini dijalankan serentak berikutan lokasi kejadian adalah berdekatan," katanya dalam satu kenyataan kepada media malam tadi.

Menurut Muhammad Suffi, Maritim Malaysia telah menggerakkan Kapal Maritim (KM) Nusa serta pesawat udara AW139 dengan dibantu oleh aset Jabatan Perikanan, bot PL107 serta komuniti nelayan setempat bagi mencari mangsa.

Beliau turut meminta kerjasama komuniti laut dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini dapat menhhubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kuala Terengganu di talian 09-6224357.

Pesawat udara AW139 turut digunakan dalam Ops Carilamat dua nelayan yang masih hilang. Foto: Maritim
Pesawat udara AW139 turut digunakan dalam Ops Carilamat dua nelayan yang masih hilang. Foto: Maritim

Sinar Harian sebelum ini melaporkan tiga nelayan dikhuatiri hilang dalam dua kejadian berasingan yang berlaku di perairan Kuala Terengganu pada Rabu dan Khamis.

Kejadian pertama melibatkan sebuah bot nelayan tempatan Kelas A dikendalikan Jaafar Sulong, 66 (tekong) dan kru, Baharuddin Abdullah, 47, dikhuatiri mengalami kerosakan di perairan Kuala Terengganu sejak Rabu.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian kedua, seorang lagi nelayan, Wan Mohd Sufian Wan Abdul Rahman, 34, disyaki hilang di laut setelah bot mangsa ditemui nelayan tempatan pada kedudukan 10.1 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.

Mayat Baharudin kemudian ditemukan terapung pada jarak 17 batu nautika dari Pulau Kapas ketika operasi mencari dan menyelamat kira-kira jam 1 tengah hari Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga nelayan dikhuatiri hilang dalam dua kejadian berasingan

Mayat ditemukan terapung dipercayai nelayan hilang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!