RCSed sahkan Dr Noor Hisham terima anugerah Fellowship Ad Himinen

Kenyataan media Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSed).
Kenyataan media Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSed).
A
A
A

SHAH ALAM - Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSed) mengesahkan bahawa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah dianugerahkan Fellowship Ad Hominen oleh jawatankuasa anugerah RCSed pada 12 Oktober 2017.

Ketua Penglibatan Antarabangsa, Pejabat Antarabangsa RCSEd Malaysia, Mariette Naud Betteridge berkata, penghargaan tersebut telah disampaikan oleh Presiden RCSed, Mike Lavella-Jones pada 2 Februari 2018.

Menurutnya, Dr Noor Hisham menerima anugerah itu selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sebagai penghargaan atas pencapaiannya dalam bidang perubatan dan pembedahan serta sokongannya kepada kolej selama bertahun-tahun.

“Anugerah ini diberikan kepada pengamal perubatan semasa atau bekas mahupun individu lain yang mempunyai status profesional tinggi dan dianggap layak mendapat penghormatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kenyataan itu turut dikongsikan Dr Noor Hisham menerusi Facebook, sekali gus menjawab dakwaan tular pada Jumaat berkaitan beliau telah menghadiri upacara pergerakan Freemasons serta keagamaan.

Tangkap layar Facebook Dr Noor Hisham yang menyangkal dakwaan beliau dikaitkan dengan upacara pergerakan Freemasons dan keagamaan.
Tangkap layar Facebook Dr Noor Hisham yang menyangkal dakwaan beliau dikaitkan dengan upacara pergerakan Freemasons dan keagamaan.

“Penyebaran fitnah melalui media sosial dalam kalangan masyarakat masa kini semakin berleluasa dan sukar ditangani.

“Kebanyakan aplikasi media sosial diguna bagi menyebarkan pelbagai berita dan cerita palsu berunsur fitnah.

Artikel Berkaitan:

“Alhamdulillah pihak Royal College of Surgeons Edinburgh telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Profesor Datuk Dr Hanafiah Harunarashid atas pencerahan ini," kata Dr Noor Hisham.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!